Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Simulasi Piliha Raya Tarik Minat Generasi Muda Mengundi

By 21 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 90 pelajar Sekolah Menengah Kebangsangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini telah didedahkan dengan simulasi pilihan raya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor.

Guru Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seksyen 7 Ismail Marni, berkata program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Petaling itu dapat meningkatkan kefahaman tentang sistem demokrasi negara agar mereka lebih peka pada masa hadapan.

“Simulasi pilihan raya ini merupakan aktiviti yang memberi kebaikan kepada pelajar sekolah terutama yang akan menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.

“Pihak sekolah menyambut baik aktiviti seperti ini kerana jarang diadakan sebelum ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam program Demokrasi Berparlimen kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengarah SPR Selangor Kamarul Azman Ahmad Sabri dan Pegawai Penerangan Daerah Petaling Ruddyansjah Mahtar Hams.

Menurut Ruddyansjah, pihaknya mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor untuk melaksanakan program berkenaan secara praktikal proses pengundian yang dijalankan di negara ini.

“Program Demokrasi Berparlimen ini akan diadakan pada setiap tahun untuk memberi pendedahan kepentingan mengundi kepada generasi muda,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda