Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gerak Rahmah Bakri Erat Hubungan Warga

By 25 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juraimi Ali/Mohd Faizal Daros

MUAR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Program Gerak Rahmah Parlimen Bakri berjaya diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama warga masyarakat.

“Melalui program ini ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat serta mencipta kawasan setempat menjadi lebih bersih sekali gus mampu mencapai objektif Johor Bersih,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin berkata demikian semasa merasmikan program tersebut di Dataran Ikan Bakar Sabak Awor, di sini kelmarin.

Program tersebut bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negeri (KPN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan pelbagai pihak dan memenuhi aspirasi kerajaan untuk membangunkan masyarakat MADANI.

Antara pengisian bagi program ini adalah senamrobik, pertandingan ploging, pertandingan mewarna, pertandingan perhiasan tanglung, Smartvan MPM, demonstrasi pembuatan EM Mudball.

Selain itu, reruai pameran dibuka oleh pelbagai agensi kerajaan seperti pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Unit Farmasi (Kementerian Kesihatan Malayaisa), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Muar.

Jumlah keseluruhan sampah yang dikutip oleh para peserta Plogging telah mencatatkan sebanyak 152kg di kawasan sekitar Dataran Ikan Bakar Sabak Awor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan Ng Yak Howe dan Pengerusi KRT Jalan Ismail Norlela Md Nget.

-ZS-

Tinggalkan komen anda