
Laporan/foto: Salehuddin Klewan (Hulu Langat)
BANDAR BARU BANGI, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Keunikan rasa ayam berempah yang diperap semalaman menjadi pilihan pelanggan nasi kukus ayam berempah di Bazar Seksyen 4 Tambahan, di sini.
Pemiliknya Salman Hussin, 47, berkata ayam perlu diperap dengan campuran istimewa dan rempah khas selama lapan jam sebelum digoreng.
“Sehari anggaran jualan kira-kira 200 bungkus dengan harga RM7 hingga RM10 sebungkus dalam tempoh empat jam.
“Pendapatan bulanan bersih antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, para pelanggan telah mula datang ke gerainya seawal pukul 11.00 pagi hingga 1.30 petang.
Sementara itu seorang pelanggan Fauziah Abdullah, 42, berkata dalam seminggu beliau akan datang dua hingga tiga kali untuk membeli nasi kukus kerana keenakan ayam goreng berempah yang istimewa dan unik.
-ZS-