Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PKKB Perkukuh Keharmonian dalam Komuniti

By 9 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Khairul Ferdaus Mat Jilid (Kerian)

PARIT BUNTAR, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Hampir 1,000 orang hadir memeriahkan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Merakyatkan Seni Budaya dan Keusahawanan Masyarakat Kerian 2023 di Dewan Merdeka, di sini pada Sabtu.

Program di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan diselia urus oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) itu telah dirangka sejak sebulan yang lalu melibatkan kerjasama pelbagai agensi di daerah ini.

Setiausaha MDK Norhafisah Mohamad meluahkan rasa gembira dan teruja kerana program tersebut mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat Kerian.

“Kerajaan memperkenalkan PKKB adalah untuk merangka dasar yang lebih relevan bagi meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan keharmonian dalam komuniti.

“Ia juga mengambil kira kepentingan semua lapisan masyarakat dan jalinan kerjasama strategik antara agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat,” ujarnya.

Antara pengisian program termasuklah pertunjukan operasi menyelamat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kenduri rakyat, pertandingan busana tradisional, jualan usahawan tempatan dan pameran dari agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda