Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Belanjawan 2024: Belanjawan yang Memakmurkan Rakyat

By 19 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rebecca Edward Anthony (Perak)

IPOH, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu nyata memberi sedikit kelegaan kepada rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Peniaga, Nurliyana Hamizan, 35, bersyukur atas peruntukan yang diberikan terutama kepada peniaga kecil sepertinya.

“Keutamaan kepada para peniaga ini membolehkan kami membesarkan dan meluaskan perniagaan pada masa akan datang. Saya percaya jika peruntukan ini dibelanjakan dengan cara yang bijak, pasti ia dapat memanfaatkan sektor perniagaan di Malaysia,” ujarnya yang mengusahakan VouganVillain Cake House.

Sementara itu, pelajar Melvina Mandu, 23, berkata keputusan kerajaan untuk meneruskan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa juga wajar dihargai.

“Insentif subsidi ini amat membantu golongan pelajar bagi mengurangkan beban kos perjalanan pulang ke kampung halaman,” kata anak jati Sabah yang menuntut di Universiti Malaya ini.

Seorang lagi pelajar, Kasthuri Narayana Rao, 23, berkata kenaikan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilihat sebagai langkah yang baik dan proaktif untuk membantu kewangan rakyat.

“Walau bagaimanapun, saya berharap kawalan harga juga patut dilaksanakan secara efektif khususnya bagi barang keperluan asas agar bantuan STR ini dapat meringankan beban rakyat untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda