
Laporan/foto: Rozaimi Herman Zakaria/Nooremmyza Rawat (Sepang)
CYBERJAYA, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang (JPBD) melaksanakan Latihan Pengendalian Bot Penyelamat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Taman Tasik Cyberjaya, di sini hari ini.
Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim, berkata tumpuan utama latihan ini adalah berkaitan pengendalian aset-aset operasi penyelamat, penyelenggaraan, teknik-teknik penyelamatan dan keselamatan diri semasa operasi menyelamat.
“Program ini melibatkan penyertaan sebanyak lapan buah bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, IPD KLIA, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan skuad Pantas Majlis Perbandaran Sepang.
“Saya berharap program latihan seumpama ini dapat mensiapsiagakan pasukan JPBD Sepang mendepani cabaran bencana di daerah Sepang,” katanya.
Menurutnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang turut membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa dalam operasi latihan pada kali ini.
-ZS-