Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

90 Orang Masyarakat India Terima Sumbangan Sempena Deepavali

By 7 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Muhd Muksin Abd Rahim

SUNGAI PETANI, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) semalam telah menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 90 orang penerima masyarakat India dari daerah Kuala Muda, Kulim dan Kota Setar.

Majlis sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Amanah YSB Datuk Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah.

“Saya mengharapkan agar Deepavali pada tahun ini disambut dengan meriah dan harmoni bersama keluarga.

“Selain itu, saya sarankan berbelanjalah dengan penuh berhemah memandangkan peningkatan kos sara hidup pada ketika ini,” ujar Tunku Hajah Nafisah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda