
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Tinjauan krew Malaysia Aktif di sekitar Kangar pada pagi tadi mendapati harga ayam yang terendah dijual pada hari ini adalah RM6.99 sekilogram.
Pemeriksaan harga ayam di peringkat peruncit di pasar raya tempatan seperti JMart, Borong Din, Giant dan juga di Pasar Besar Sena mendapati menunjukkan harga ayam adalah stabil dan bekalan mencukupi.
Menurut Lazira Omar, 49, harga ayam yang dibeli pada hari ini adalah seperti biasa dan tiada kenaikan harga yang melampau dan bekalan mudah diperolehi.
“Saya membeli ayam ini mengikut keperluan untuk jualan makanan setiap hari dan setakat ini harganya adalah munasabah”.
Masyarakat di seru untuk sentiasa cakna dengan membuat aduan kepada KPDN sekiranya terdapat kenaikan harga yang melampau oleh peniaga ayam mentah.
Aplikasi PriceCatcher juga boleh membantu masyarakat dengan berkongsikan harga-harga barang keperluan dapur untuk rujulan bersama masyarakat di luar.
-ZS-