Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘A’sena Students’ Performance Showcase’ Menonjolkan Kreativiti Pelajar

By 8 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 8 Nov (Malaysiaaktif) – ‘A’sena Students’ Performance Showcase’ yang diadakan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini berjaya menonjolkan hasil kreativiti pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Pameran tersebut menggalakkan pelajar bukan hanya membuat latihan tubi bagi subjek-subjek pembelajaran di sekolah menerusi buku lembaran kerja, malahan mengikut daya kreativiti para pelajar sendiri.

“Para pelajar ini mempunyai kreativiti tersendiri apabila diberikan tugasan dalam menyiapkan tugasan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diberikan.

“’A’sena Students’ Performance Showcase’ yang julung-julung kali diadakan pada hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dan insya-Allah program rintis ini akan kita teruskan pada tahun hadapan,” kata Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut Chempawan Yaakob, 52.

Menurutnya lagi, program tersebut dilaksanakan daripada idea beliau sendiri.

“Saya berfikir akan idea untuk kongsikan kepada seluruh pelajar di SK Sena bagi rujukan mereka pada masa hadapan dan juga para pelajar yang turut hadir bagi lawatan pameran ini juga dapat melihat kreativiti yang terhasil daripada rakan-rakan mereka,” katanya.

Pameran ini adalah berdasarkan panitia-panitia seperti Panitia Bahasa Melayu, Panitia Matematik, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Sains, Panitia Bahasa Arab, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Jasmani, Panitia Rekabentuk dan Teknologi dan juga Panitia Muzik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda