
Laporan/foto: Nazrin Fadar/Mohd Hafiz Abdullah (Muallim)
TANJONG MALIM, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Ais krim merupakan juadah ringan yang enak dimakan untuk menyejukkan tekak terutama ketika cuaca panas.
Pesara kerajaan, Mohd Tarmizi Som, 62, hadir dengan idea untuk menghasilkan ais krim ‘homemade’ (buatan sendiri) yang diberi nama Old Slim Road Ice Cream dan beroperasi di Tanjong Malim.
“Perniagaan ini bermula sejak Julai tahun ini dengan menyediakan sembilan jenis perisa iaitu durian, keladi, vanila, coklat, teh hijau, mocha, strawberi dan jagung manakala harganya pula bermula RM1.80 sehingga RM5.80.
“Saya yakin produk ini mempunyai rasa da