Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Klinik Kesihatan Bergerak LZNK, Menyantuni Masyarakat Secara Percuma

By 22 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismail Hassan/Azrul Abdullah

SUNGAI BARU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersama pegawai perubatan terlatih telah menganjurkan program Klinik Bergerak sebagai salah satu aktiviti kebajikan dan tanggungjawab sosial  kepada masyarakat bertempat di Masjid  Hidayatus Solihin Kampung Sungai Baru Mukim Gunung.

Program yang diadakan ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang ini mendapat sambutan cukup memberangsangkan di mana sesi sebelah pagi sahaja hampir 25 orang telah hadir mendapatkan perkhidmatan.

Pegawai perubatan bertugas Dr. Ahmad Fuad Johari memaklumkan hampir 64 buah masjid telah terlibat.

“Masjid-masjid ini berada di dalam lingkungan 50 kilometer dari Pejabat Zakat Negeri Kedah.

“Bagi mereka yang ingin membuat pemeriksaan secara percuma bolehlah datang ke sini,” ujarnya.

Antara perkhidmatan yang di sediakan ialah pemeriksaan darah tinggi (hypertension), kencing manis (diabetis), rawatan ringan seperti demam, batuk, pesakit luar dan juga sebagai rujukan ke hospital kerajaan yang berdekatan.

Katanya lagi, Lembaga Zakat Negeri Kedah selama ini menyantuni asnaf melalui skim bantuan zakat yang disediakan.

“Bagaimanapun, mulai tahun 2020 kami di LZNK telah menyediakan satu lagi perkhidmatan iaitu Klinik Kesihatan Bergerak yang mana melalui perkhidmatan ini kami mengambil peluang untuk membantu dengan cara yang agak istimewa iaitu menyediakan Mobile Klinik Bergerak,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung Omar Abdul Rahman, 56, berkata program ini amat baik kerana ianya banyak membantu golongan di luar bandar dan kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan, tanpa pergi ke hospital ataupun klinik-klinik kesihatan yang agak jauh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda