
Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/Nor Sofian Abdul Manan
SEGAMAT, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai lima keluarga golongan miskin tegar telah menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Negeri Buloh Kasap Datuk Zahari Sarip bagi membantu dan memberi inisiatif untuk menambah sumber pendapatan utama mereka.
Program ini merupakan amanat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi mengeluarkan golongan miskin tegar daripada lingkungan tersebut.
Menurut Ketua Kampung Kampung Kenangan Kamarudin Sarip, 61, program ini dapat membantu golongan miskin tegar menambah pendapatan.
“Secara automatiknya ia dapat membantu mereka keluar daripada lingkungan miskin tegar,” katanya.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Segamat Nor Sofian Abdul Manan dan Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial Daerah Segamat Haji Isahak Ab Manap.
-ZS-