Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bantuan Awal Persekolahan Melegakan Ibu Bapa

By 25 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /foto: S.Shanmuganathan/Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Pemberian bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, di sini semalam memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar-pelajar sekolah.

Pengetua Haji Hamzah Jaafar, berkata pemberian bantuan itu diagihkan secara tunai kepada pelajar melalui ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Seramai 151 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 sekolah ini menerima manfaat melalui bantuan itu,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang pelajar, Daud Mat, 52, bersyukur terhadap bantuan yang di terima ini.

“Terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membantu rakyat melalui bantuan awal persekolahan dan menggembirakan ibu bapa.

“Saya dapat menggunakan bantuan persekolahan ini untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak seperti mana dihasratkan oleh kerajaan,” katanya.

Bagi pekerja swasta Jamaludin Mat Yi, 53, insiatif kerajaan sedikit sebanyak meringkankan beban keluarga dan membantu golongan ibu bapa menampung perbelanjaan sekolah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda