
Laporan/foto: Ku Nurul Sham Ku Isa (Padang Terap)
KUALA NERANG, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap menjadi tumpuan masyarakat sekitar Kuala Nerang untuk hadir mengemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masing-masing sejak ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 1 Januari yang lalu.
Mohd Sapilah Md Ali, 40, dan pasangannya memilih untuk mengemas kini PADU pada hari ini (Rabu) kerana mahu mengelakkan situasi kelam kabut sekiranya mengemas kini di akhir-akhir tempoh masa ditetapkan.
“Kami berasa lega apabila Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap sudi membantu.
“Terima kasih kepada kakitangan Pejabat Penerangan Daerah,” katanya.
Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap, Muhamad Fiteri Abdul Manap memaklumkan bahawa pejabat mereka dikunjungi hampir setiap hari oleh penduduk sekitar yang mahu mengemas kini di sistem PADU.
“Penduduk yang hadir adalah dari kampung sekitar seperti Kampung Pong Manis, Kampung Padang Sanai, Kampung Bukit dan Naka,” katanya.
-ZS-