Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Kerajaan Sabah, KDN Bekerjasama Banteras Penyalahgunaan Dadah

By 14 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 15 Mei (Malaysiaktif) – Kerajaan negeri Sabah akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuhkan lagi usaha dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah dengan sokongan padu pelbagai agensi.

Ucapan aluan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Haji Abdul Halim Haji Abdul Rahman.

“Semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak bersama bagi memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

“Saya amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko selain pemerkasaan program-program kesedaran awam mengenai salah guna dadah di kalangan belia dan saya percaya MBS dan badan-badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko,” katanya sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri meranhkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk lr Shahelmey Yahya.

Gimik perasmian.

Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan AADK bersama masyarakat ini juga adalah tindakan serius kerajaan negeri untuk pembangunan modal insan sebagai salah satu daripada agenda dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Masalah berkaitan penyalahgunaan dadah sering dikaitkan dengan pembabitan orang muda dan belia. Justeru, situasi seperti ini perlu ditangani kerana anak muda adalah modal insan yang penting untuk memimpin negeri ini pada masa hadapan.

“Penting untuk memastikan anak-anak muda kita kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti,” katanya.

Bagi memastikan golongan belia terpelihara daripada ancaman dadah dan pelencongan sosial, beberapa usaha telah digariskan seperti Program Perintis Muda di bawah MBS bertujuan pembangunan bakat dan potensi belia serta pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia berisiko,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda