Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Semarak Hari Belia Negara Lahirkan Belia Berkualiti

By 16 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din (Gua Musang)

GUA MUSANG,15 Mei (Malaysiaaktif) – Tanggal 15 Mei merupakan Hari Belia Negara yang disambut serentak di seluruh negara dan pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah mengadakan Majlis Perasmian Semarak Hari Belia Peringkat Jajahan Gua Musang.

Program telah berlangsung di Dewan Dato Ariffin Said, KESEDAR  telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Syahbuddin Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang juga merupakan Tokoh Belia Asian pada tahun 2016.

Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Haji Syahbuddin Bin Hashim, Adun Galas

“Saya berbesar hati diberi penghargaan bagi merasmikan program pada hari ini dan akan terus memastikan belia Gua Musang terus merangkul gelaran tokoh belia perdana yang pernah dimenangi oleh belia disini seperti tahun-tahun terdahulu,” katanya.

Menurut Pengerusi Belia Jajahan Gua Musang, En Azmawi Fikri Haji Abdul Ghani berkata akan seiring bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah bagi melahirkan belia yang berkualiti di daerah ini.

“Saya sentiasa akan memberikan kerjasama dan sokongan kepada belia di Daerah Gua Musang dan amat berharap agar belia tidak merasa segan untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk memajukan diri,” katanya.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Sahabuddin Deraman berkata program ini bertujuan untuk menarik minat para belia untuk terus aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak mereka.

“Pelbagai aktiviti akan dianjurkan seperti pertandingan bola tampar, ping pong dan sepak takraw dan saya amat mengalu-alukan penyertaan dari pihak belia dalam menjayakan program ini.

Permainan dart yang disediakan

“Bagi mereka yang mempunyai bakat yang cerah dalam bidang sukan kami akan menggilap bakat-bakat yang ada di daerah ini untuk ditonjolkan di peringkat yang seterusnya,” katanya.

Program dimeriahkan lagi dengan permainan dart dan persembahan dikir barat oleh kumpulan Alunan Anak Muda Paloh.

Program ini turut dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan belia dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta.

-AA-

Tinggalkan komen anda