Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani Tema Sambutan Hari Guru 2024

By 17 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 17 Mei (Malaysiaaktif) – ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ diangkat sebagai tema sambutan Hari Guru 2024.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu berupaya mengatur strategi untuk memastikan keupayaan teknologi digital menjadi sebahagian daripada tradisi budaya menimba ilmu dalam kalangan generasi MADANI.

Zahid Hamidi ketika menyempurnakan gimik perasmian.

“Aspirasi negara MADANI yang kita idamkan adalah sebuah negara yang berpengetahuan, berakhlak dan progresif.

Dalam hal ini, peranan guru amat penting. Pendidikan dan teknologi adalah kunci utama dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing dan harmoni,” ujarnya ketika berucap di Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), di sini semalam.

Ujarnya lagi, ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ telah diangkat sebagai tema Hari Guru bagi tahun 2024,  tema ini diangkat bagi menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.

Zahid Hamidi bersama guru-guru yang hadir.

“Justeru, tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ ini amat bertepatan untuk menyokong Dasar Pendidikan Digital yang telah dilancarkan pada 28 Nov 2023 oleh Fadhlina Sidek bagi kita meningkatkan keupayaan pendidikan yang termaktub sebagai satu daripada tujuh Teras Utama KPM,” katanya.

Seramai 3,000 warga pendidik dari seluruh negara menghadiri majlis sambutan tersebut dan pada majlis itu juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Sulaiman Wak diumumkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2024.

Tokoh Guru Kebangsaan 2024 pula dianugerahkan kepada bekas guru Sejarah Masariah Mispari yang kini Ketua Panel di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

-ZS-

Tinggalkan komen anda