Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

32 Siri Senamrobik Komuniti Bagi Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Rakyat Perlis

By 18 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 32 siri Senamrobik Komuniti akan dilaksanakan secara percuma bermula Mei hingga Disember tahun ini yang melibatkan sepuluh kawasan di tiga Parlimen di negeri Perlis.

Hannah Yeoh (tiga dari kiri) merasmikan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis di PPR Sena.

Program tersebut merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan bagi membudayakan sukan dalam kalangan warga negeri Perlis terutamanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), kampung dan taman perumahan

Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, program perintis senamrobik telah mula dilaksanakan di 43 PPR dan Perumahan Awam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula Mac hingga Disember 2024.

Para peserta bergambar kenangan bersama Menteri Belia dan Sukan.

“Program senamrobik kini diperluas ke negeri Perlis dan akan diadakan setiap hujung minggu di 10 buah PPR dan kampung bermula pada bulan Mei hingga hujung tahun ini,” jelasnya ketika merasmikan program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis, di sini pagi tadi.

Lebih seratus orang penduduk di PPR Sena daripada pelbagai lapisan masyarakat turut menyertai program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda