Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Permohonan Penyertaan Sidang Belia Wilayah Persekutuan Dilanjutkan Hingga 31 Mei – Zaliha

By 20 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan tempoh permohonan penyertaan Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Menurut Zaliha, pelanjutan tempoh penyertaan selama dua minggu itu adalah bagi menarik lebih ramai anak muda dari pelbagai latar belakang.

Dr. Zaliha ketika berucap merasmikan Sambutan HBN@KL 2024.

“Setakat ini kita telah menerima 200 penyertaan walaupun kita hanya akan menerima 65. Saya rasa ini satu pencapaian yang baiklah.

“Oleh itu, kita buka lagi supaya kita dapat lihat belia dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama menyertai sidang belia ini,” katanya.

Zaliha berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HBN@KL) di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, di sini kelmarin.

SBWP akan membabitkan 65 belia yang mana setiap daripada 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan akan diwakili lima orang peserta.

Zaliha bersama pemenang-pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sambutan HBN@KL turut menyaksikan pelantikan Zaliha sebagai penaung Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

Beliau turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 ribu kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan belia di Wilayah Persekutuan.

Lebih 5,000 anak-anak muda ibu kota telah memeriahkan Sambutan HBN@KL anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dengan MBWP itu.

Bertemakan ‘Yakin Boleh’ program dua hari itu memfokuskan 10 gaya hidup Rakan Muda dengan lebih 40 pengisian aktiviti yang menarik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda