Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ketagihan Merokok Beri Kesan kepada Kesihatan Orang Lain

By 20 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat menyedari bahawa merokok adalah membahayakan kesihatan serta boleh mengancam nyawa tetapi ramai memilih untuk tidak mengambil berat tentang perkara itu.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha mengekang tabiat merokok dan pada masa sama menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat.

Petugas klinik kesihatan berhenti merokok, Che Ady Zulkarnain Hassan (kiri) bersama Mohd Adam.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Haji Ahmad Faris Haji Awang, ketagihan terhadap rokok konvensional serta rokok elektronik akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik serta boleh memberi kesan kepada kesihatan termasuk orang di sekeliling.

“Setiap tahun pejabat kesihatan akan mengadakan kempen ‘Hari Tak Nak Merokok’ iaitu Hari Tanpa Tembakau yang bertujuan meningkatkan kesedaran bahaya merokok terutama kepada kanak-kanak,” katanya ketika merasmikan Program Hari Tanpa Tembakau Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2024 di Dewan Semai Bakti, Felda Kemahang 2, di sini kelmarin.

Tambahnya, perokok pasif akan berhadapan risiko yang serius dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung dan masalah pernafasan sekiranya terdedah secara berterusan kepada asap rokok dan boleh membawa maut.

Sementara itu, Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah Mohd Adam Jamil, 30, berkata, Pejabat Kesihatan senantiasa menyokong dan membantu orang ramai  yang ingin berhenti merokok agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Mohd Adam Jamil (kiri) sedang memberi maklumat berhenti merokok kepada pengunjung.

“Bagi perokok yang berminat untuk berhenti merokok, pihak Kementerian Kesihatan terbuka dan mengalu-alukan perokok untuk mendapatkan nasihat dan cara alternatif untuk berhenti merokok,” katanya.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha mengekang tabiat merokok dan pada masa sama menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat.

Suri rumah dari Felda Kemahang 2, Norzihan Abdullah, 40, menyambut baik kempen anti merokok kerana akan merosakkan generasi masa kini terutama kanak-kanak.

“Kempen ‘Hari Tanpa Tembakau’ ini perlu bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup sihat serta saranan memperketatkan undang-undang berkaitan rokok dan ‘vape’ (rokok elektronik) bagi mencegah tabiat kurang elok kepada semua,” katanya.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah Dr. Nik Aida Nik Adib, Timbalan Pengarah Felda Wilayah Gua Musang Sani Abdul Rahman dan Penaung Yayasan Mahsari Group Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda