Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SWCorp Perlis Ambil Tindakan Proaktif Jayakan 3R

By 20 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 20 Mei (Malaysiaaktif) – SWCorp telah mengambil pendekatan proaktif untuk melaksanakan program program 3R (mengurangkan, mengguna kembali dan mengitar semula) khususnya di negeri Perlis bermula dari 2010 hingga kini.

Ketua Pegawai Eksikutif Swcorp Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman, berkata antara usaha yang dilaksanakan dari tahun 2010 hingga 2024 adalah Program Bank Kitar Semula di sekolah sekitar Perlis termasuk tadika-tadika dalam Perlis dengan aktiviti mengumpulkan barang kitar semula sebanyak 336,029.53 kilogram (kg) dengan nilai RM97.175.22.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksikutif Swcorp.

“Program Trash to Cash dan Upcyling di Taman Perumahan dan Perkampungan pula telah terkumpul barang kitar semula sebanyak 132,905.91 kg dengan nilai RM43,410.23.

“Begitu juga dengan kejayaan Pelaksaan Drive Thru Recycle Centre (DTRC) Kangar yang merupakan pusat kitar semula yang pertama di negeri Perlis telah berjaya mengumpul barang kitar semula sebanyak 116,437 kg dengan nilai RM119,567,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti PPR @ Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena, di sini semalam.

LPPKN Negeri Perlis antara agensi yang menyertai pameran.

Menurutnya, DTCR Arau pula telah berjaya mengumpul barang kitar semula sebanyak 40.514 kg dengan nilai RM45,779.

“Berdasarkan rekod dari tahun 2020 hingga Disember 2023 sebanyak 6,27.19 kg barang kitar semula dan 301.7 kg minyak masak telah direkodkan dengan nilai jualan RM2,725.

“Turut dibuka Pusat Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) pada 20 Mac 2020 yang inklusif di PPR Seri Sena bertujuan untuk memudahkan dan membantu 156 unit kediaman komuniti di sini untuk menjual barang kitar semula,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda