
Laporan/foto: Hamidah Md Drus
KUALA PILAH, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Satu seminar berkaitan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi memberi lebih kesedaran kepada orang ramai telah diadakan, di sini kelmarin.
Seminar yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pinggiran Bandar dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah itu memberikan pendedahan tentang MAPO yang berperanan merumuskan dasar dan program untuk mencegah serta memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.

Antara peserta seminar yang hadir.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah Shaharuddin Daud selaku penceramah, ‘modern cyber slavery’ (penghambaan siber moden) yang semakin berleluasa dalam kehidupan masyarakat sekarang.
‘’Pihak Penerangan juga turut berkongsi maklumat berhati-hati dengan maklumat yang diterima di aplikasi media sosial yang menjurus kepada pemerdagangan manusia yang akhirnya membentuk satu bentuk penghambaan baru menggunakan alam siber,’’ ujarnya.
Katanya lagi, mereka yang diperdagangkan ini akan terlibat dalam satu sistem penghambaan siber yang terlibat dengan aktiviti penipuan seperti yang dilaporkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Sementara itu, seorang peserta Rohani Abas, 58, berharap agar kerajaan bertindak lebih tegas bagi menangani aktiviti ini dan turut memuji usaha agensi dan JPKK untuk memberi penerangan yang sewajarnya.
“Penyebaran maklumat meneganai MAPO ini secara berterusan harus dilaksanakan untuk mengatasi dan mencegah rakyat kita daripada terus menjadi mangsa,” katanya.
-ZS-