Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semangat Perpaduan Melalui Sukan Boling

By 24 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin (Lipis)

LIPIS, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat juga dapat dipupuk melalui ukhwah santai seperti sukan boling.

Antara peserta yang menyertai pertandingan boling anjuran Pejabat Penerangan Daerah Lipis.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Lipis Norslinawati Min, kalah atau menang tidak penting namun yang ingin diterapkan melalui aktiviti rekreasi seperti ini adalah semangat perpaduan.

“Di samping memupuk semangat perpaduan, kita juga dapat menjalinkan ukhwah dan semangat setiakawan melalui aktiviti sebegini,” katanya ketika ditemui semasa perlawanan boling anjuran Pejabat Penerangan Daerah Lipis dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Sungai Kerpan 2 dan 3 di sini kelmarin.

Antara pemenang yang diraikan dalam pertandingan ini Rabu lalu.

Seramai 80 peserta telah menyertai pertandingan ini yang turut mendapat jalinan kerjasama daripada Pejabat Perpaduan Daerah Lipis dan Penghulu Mukim Lipis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda