
Laporan/foto: Mohd Firdauf (Jerantut)
JERANTUT, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Komuniti Madani di daerah ini komited menjalinkan kerjasama dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Daerah Jerantut.

Wan Norasiah menerima bahan edaran Jabatan Penerangan.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jerantut Azrul Azham, Komuniti Madani di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah Jerantut akan mengadakan beberapa siri program bersama dalam aspek digital selaras dengan fungsi NADI itu sendiri.
“Sebanyak sembilan Komuniti Madani akan menjalinkan kerjasama dengan 11 NADI yang ada di daerah Jerantut ini dan Pejabat Penerangan juga akan membantu NADI menguar-uarkan sebarang aktiviti yang bakal diadakan nanti,” katanya.

Ahli Komuniti Madani dapat memanfaatkan pelbagai fasiliti dan kegunaan NADI.
Bagi Pengurus NADI Jengka 24 Wan Norasiah pihak beliau menyokong dan akan membantu Komuniti Madani yang berhasrat untuk menggunakan platform NADI ini.
“Saya juga berharap kerjasama ini akan berterusan dan dapat memberikan impak kepada ahli NADI dan juga Komuniti Madani itu sendiri,” katanya.
-ZS-