Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pameran HAWANA 2024 Mendapat Sambutan Hangat

By 26 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Pameran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bertemakan ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan ‘ yang bermula semalam di Atrium Utama, Plaza Merdeka, di sini telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Nazrin (kanan) antara pengunjung ke pameran HAWANA.

Terdapat sebanyak 20 reruai pameran yang disertai oleh pelbagai agensi yang mempamerkan perkhidmatan masing-masing kepada para pengunjung sepanjang tempoh pameran.

“Apabila  mengunjung ke pameran hari ini (Sabtu), saya dapat mengenali ramai wartawan-wartawan daripada pelbagai agensi, ” kata Nazrin Nazimin, 31, salah seorang pengunjung yang melawat ke pameran HAWANA.

Tan Poh Joo (kanan) yang merasai pengalaman sebagai penyampai berita.

“Saya sebenarnya berminat dengan kerja sebagai seorang penyampai berita dan tadi saya telah mencuba dan merasainya pengalaman sebagai penyampai berita di ‘booth’ (reruai) pameran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang menyediakan  simulasi ini, ” kata Tan Poh Joo, 39?yang beasal dari Kuching.

-ZS-

Tinggalkan komen anda