Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Nostalgia Klasik Wayang Pacak

By 1 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)

IPOH, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 300 penduduk setempat hadir menyaksikan tayangan wayang pacak sempena Program JIWA Komuniti MADANI Manjoi A di Dewan Komuniti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Kawasan Sungai Tapah, di sini malam tadi.

Tayangan wayang pacak terima sambutan menggalakkan.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus, program ini membawakan tema klasik untuk mengembalikan nostalgia zaman dahulu yang mana wayang pacak menjadi salah satu tarikan utama di kawasan perkampungan.

“Selain tayangan wayang pacak, program ini turut menjadi platfom untuk mendidik masyarakat setempat tentang bahaya penyebaran berita palsu melalui penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Siti Norzaharah hadir bersama anak-anak.

Sementara itu, pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Norzaharah, 38, meluahkan rasa gembira kerana dapat membawa anak-anak menonton wayang pacak pada musim cuti persekolahan ini.

Turut berlangsung pertandingan sepak takraw, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan busana terbaik serta penyampaian kotak makanan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun kepada golongan memerlukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda