
Laporan/foto: Juhaisa Azrin/ Muhammad Jamil (Lipis)
LIPIS, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Program “Jom Masuk Kampung” anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Tanjung Gahai mengimbau nostalgia kehidupan di kampung suatu masa dahulu.

Menteri Besar Pahang mempamerkan kebolehan dalam acara menjala buah kelapa
Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap dalam majlis perasmian, program itu mengajak masyarakat untuk mengimbau nostalgia dan mensyukuri nikmat segala kemajuan dan pembangunan yang telah dikecapi.
“Kampung Tanjung Gahai telah melalui perubahan drastik berbanding dulu dan kini.
“Banyak sekali perubahan serta kemajuan yang telah dicapai dan antaranya pernah dinobatkan sebagai Johan Kampung Sejahtera peringkat Negeri Pahang,” katanya.

Penyerahan Kad Warga Emas turut disampaikan kepada mereka yang berkelayakan
Tambah beliau lagi, sebagai wakil rakyat, beliau sangat memikirkan akan pembangunan kampung dan menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan ia dicapai.
Program tersebut yang berlangsung selama dua hari telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, senamrobik, pameran oleh agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi.
-AA-