
Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah (Lipis)
LIPIS, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Sukan Muay Thai yang diperkenalkan oleh dua sahabat di daerah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sesi temuramah bersama Amirul Syafiq (kanan) dan Muhamad Khairul (kiri)
Walaupun baru tiga bulan beroperasi, kegigihan serta semangat anak muda yang bernama Amirul Syafiq Badrul Shah, 30, dan Muhamad Khairul Badrin, 41, dalam memulakan langkah membina empayar perniagaan wajar diberikan pujian.
“Kami menggunakan duit poket sendiri sebagai modal untuk membeli segala peralatan di pusat latihan ini dan sasaran utama kami adalah supaya lebih ramai lagi warga Lipis datang ke pusat latihan ini bagi mempelajari Muay Thai serta mengamalkan gaya hidup sihat,” ujar Amirul Syafiq.
Tambahnya, mereka juga dalam perancangan untuk membuka kafe yang berkonsepkan pemakanan sihat bagi memudahkan pengunjung untuk menjamu makanan sihat sambil mempelajari Muay Thai ataupun latihan kesihatan yang lain.

Pengunjung akan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman
Setakat ini, anak didik dari pusat latihan Muay Thai yang diberi nama Alpha Brigade telah berjaya merangkul pingat emas di Kejohanan Tinju BFL Kebangsaan, Tinju Malaysia Fight League, pingat gangsa di Kejohanan Muay Thai Kelab Peringkat Kebangsaan dan pingat emas peringkat Daerah Negeri Sembilan.
Waktu operasi Alpha Brigade adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam dan pada hujung minggu pula adalah bergantung kepada permintaan pelanggan.
-AA-