Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pertanian Mampu Berikan Pulangan Baik Jika Diusahakan Bersungguh-Sungguh

By 13 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Suboh Jamali/Mohamad Firdaus Azman (Sarawak)

GEDONG, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Sektor pertanian mampu memberikan pulangan yang baik kepada pengusahanya jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom, berkata sehubungan itu masyarakat di Gedong perlu memanfaatkan segala inisiatif yang telah diperkenalkan di kawasan mereka memandangkan ia berupaya mengubah landskap pertanian sedia ada kepada pertanian yang lebih moden.

Majlis penangguhan Gedong Agrofest 2024.

“Agrofest Gedong telah membantu masyarakat di Gedong melalui pelbagai kaedah berkaitan seperti membekalkan maklumat berguna tentang pertanian menerusi ceramah yang telah diadakan,” katanya ketika mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa majlis penangguhan Agrofest Gedong yang telah berlangsung, di sini semalam.

Agrofest Gedong 2024 telah berlangsung selama tiga hari dari 10-12 Jun 2024.

Orang ramai yang hadir di Agrofest Gedong.

Tambahnya lagi, oleh itu masyarakat umum seharusnya menganggap pertanian adalah perniagaan memandangkan ia mampu menjana pendapatan yang baik untuk mengubah nasib mereka.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Datuk Martin Ben, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat dan Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda