
Laporan/foto: Intan Saziana
CAMERON HIGHLANDS, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 408 pelajar dari sekolah di negeri Pahang telah terpilih menyertai Perkhemahan Renjer Puteri dan Pandu Puteri yang berlangsung selama tiga hari di tapak Perkhemahan Kem Slim, Tanah Rata.

Keberangkatan Tengku Ampuan Pahang diiringi oleh Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang Hajah Norulhuda Khazizi dan Pegawai Daerah Cameron Highlands Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli merasmikan perkhemahan tersebut, kelmarin.
Titah Baginda, objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan diri dengan pelbagai pengalaman dan kemahiran baru.
“Saya doakan agar pekhemahan selama tiga hari dua malam ini berjalan dengan lancar dan selamat.
“Perkhemahan ini juga dapat melatih para peserta untuk berdikari dan keluar dari zon selesa,” titah baginda.

Seramai 408 peserta terlibat bagi perkemahan kali ini.
Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang Hajah Norulhuda Khazizi dan Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.
-ZS-