Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

NADI Meningkatkan Kemahiran Komuniti Setempat

By 15 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Shah Hood (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang mendapat perencanaan semula pada 1 Mac lalu terus menjadi pilihan golongan usahawan kecil dan pelajar sekolah sebagai pusat rujukan dan menambah ilmu pengetahuan.

Pengusaha Rumah Rempah MaiQas, Norita Sudin, 53, berkata NADI banyak membantu usahawan kecil sepertinya untuk mempelajari kaedah-kaedah pemasaran produk secara dalam talian.

Pelajar sekolah, Engku Iliya Mardhiah Engku Kamal (kiri), sudah mahir menyiapkan kerja sekolah menggunakan peranti Microsoft dan membuat kad serta poster menggunakan aplikasi kesedaran buatan (AI).

“Di NADI, mereka menganjurkan kelas dalam talian dan sentiasa memberikan bimbingan agar produk yang diusahakan sentiasa mengikut perkembangan pemasaran yang terkini.

“Mulanya saya hanya ada pengetahuan asas mengenai internet tetapi pihak NADI banyak beri peluang dan ruang untuk saya menambah pengetahuan dari semasa ke semasa,” katanya yang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari petugas NADI Taman Cempaka, di sini semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, beramah mesra bersama pengunjung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Cempaka sempena lawatan kerja rasminya ke negeri Johor semalam

Seorang pelajar sekolah, Engku Iliya Mardhiah Engku Kamal, 17, berkata sebagai seorang pelajar beliau banyak menggunakan peranti Microsoft untuk menyiapkan kerja sekolah dan berlajar menggunakannya menerusi kursus pendek dianjurkan NADI.

“Selain itu di NADI kami diberi peluang untuk menguasai pengunaan peranti kecerdasan buatan (AI) dan diajar untuk membuat poster dan kad menggunakan aplikasi Canva,” katanya.

Jelas Iliya, program-program di NADI memberi peluang kepada pelajar sepertinya untuk menjadi lebih baik dalam kemahiran mengunakan teknologi maklumat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda