Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Golongan Asnaf Diraikan Sempena Program Kenduri Sekampung Madani Rakyat

By 20 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti korban sempena Program Kenduri Sekampung Madani Rakyat telah diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto, di sini semalam.

Gotong-royong memasak daging gulai kawah.

Menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor Faizatul Aini Mohd Adnan, Program Kenduri Sekampung Madani Rakyat kali ini berkonsepkan gotong-royong melaksanakan ibadah korban dua ekor lembu kepada golongan Asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya taklimat program, aktiviti melapah daging korban, memasak gulai kawah dan agihan daging korban kepada penduduk setempat serta penyampaian sumbangan kepada warga Felda Soeharto.

“Objektif program ini untuk membina hubungan dan jalinan kerjasama erat antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan agensi kerajaan serta komuniti setempat,” katanya.

Penyampaian sumbangan kepada warga Felda Soeharto.

Program ini merupakan anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Pengurusan Felda Soeharto, Pejabat Penerangan Daerah Hulu Selangor serta Pejabat Penyelaras ADUN Hulu Bernam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda