Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JPNIN Perlis Berkampung Jayakan Minggu Perpaduan

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Burhanuddin Helmi Abd Rahani/Anuar Che Amat

KANGAR, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan selama dua hari bermula semalam bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional dipelihara serta dikekalkan bagi membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan stabil.

“Sambutan ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik, taat setia dan cintakan negara dengan memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Lebih 15 aktiviti diadakan pada hari ini, antaranya Jualan Rahmah, Karnival Sukan Rakyat (KASUTRA), Program Kembara Ziarah Perpaduan oleh Datuk Che Roslan Che Daud dan banyak lagi,” katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof, berkata demikian di sambutan tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah JPNIN Negeri Perlis Hanita Ahmad, berkata  sambutan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi rasa kekitaan dalam pelbagai pengisian acara yang membina jaringan hubungan tanpa mengira kaum, umur dan latar belakang agama.

“Penyatuan perbezaan pemikiran dapat disatukan melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan,” ujarnya.

Program yang berlangsung sehingga hari ini itu merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Perlis dan negeri Perlis merupakan antara negeri terakhir yang menganjurkan sambutan selepas negeri lain selesai menyambutnya bermula bulan Mei yang lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda