Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bapa Tonggak Keluarga dalam Membentuk Keluarga Berdaya Tahan

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Bapa seluruh Perlis diraikan dalam Program Malam Wanitaku Sayang sempena Sambutan Hari Bapa 2024 Peringkat Negeri Perlis di Dewan Badminton Fitnessku, di sini malam tadi dengan kehadiran 150 peserta.

Pasangan keluarga muda yang hadir.

“Seorang bapa perlulah sejahtera dari segi pengurusan emosi dan tingkah laku dalam membentuk keluarga yang berdaya tahan. Terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir memeriahkan majlis ini, menghargai bukan sahaja sempena Hari Bapa dengan tema ‘Terima Kasih Ayah’, tetapi juga menghargai para wanita.

“Malam ini diraikan istimewa sebagai tanda penghargaan peranan dan tanggungjawab bapa terutamanya dalam memastikan keluarga terpelihara dan sejahtera,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling dalam ucapan perasmian program.

Mohamad Hazrul Mat Hashim, 41, turut hadir bersama anak yang berumur sembilan tahun.

Menurutnya, seorang bapa kini berhadapan pelbagai cabaran.

“Dengan meraikan mereka seperti malam ini ia membuktikan komitmen kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam meneruskan konsep keluarga yang harmoni, negara MADANI melalui elemen KASIH (Kasih Sayang, Akhlaj, Sihat dan Selamat, Ilmu dan Harmoni) dari perspektif institusi kekeluargaan.

“Oleh yang demikian, tema ‘Terima Kasih Ayah’ ini dilihat seiring dengan kempen nilai KASIH,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Misi Kemanusiaan Negeri Perlis Goh Gim Chu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda