
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan harus dihargai dan diraikan sebaiknya untuk menjamin perkembangan yang sihat dalam negara.

YB Datuk Sri Sh Puzi turut menggalakkan pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET
Menurut Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, kecemerlangan pelajar ini harus diraikan supaya menjadi contoh teladan bagi pelajar lain meneruskan kejayaan di masa hadapan. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM 2023 Pekan, semalam.

YB menyampaikan sumbangan kepada penerima
Beliau yang juga merupakan Pengerusi UNIKL menawarkan tempat kepada para pelajar Pekan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET di UNIKL.
Turut hadir bersama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) Pekan.
-AA-