Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JIWA, Medium Terbaik Dengar Pendapat Rakyat

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) merupakan medium terbaik untuk mendengar pendapat rakyat berhubung inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut Pengerusi Komuniti Madani Bagan Datuk, Puad Kamal Abdul Aziz, 73,  jawatankuasa Komuniti Madani bukan sahaja boleh berperanan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, malah menjadi mulut yang membetulkan persepsi negatif serta memberi kefahaman tentang tujuan sebenar sesuatu inisiatif dilaksanakan.

Puad Kamal (kiri) selaku Pengarah Program Mini Karnival Madani menyerahkan cenderahati kepada wakil JAPEN

“Contohnya, bagi tujuan menjelaskan kekeliruan rakyat berhubung tujuan pelaksanaan Subsidi Bersasar Diesel dan Program Bantuan Subsidi Madani, maka dilibatkan agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam program hari ini,” ujarnya ketika ditemui pada program Mini Karnival Komuniti Madani Peringkat Parlimen Bagan Datuk di Dewan Orang Ramai, Rancangan Perumahan Awam, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Madani Rungkup 1 Shahrizam Mohd Amin, 49, turut bersetuju bahawa melalui program JIWA, rakyat akan lebih mudah didekati dan dibetulkan persepsinya terhadap kerajaan.

“Media sosial mempunyai pengaruh besar dalam membentuk tanggapan rakyat kepada kerajaan maka melalui aktiviti secara bersemuka, Komuniti Madani akan bertindak memberi pencerahan berhubung perkara sebenar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah JAPEN Perak Mohd Fauzi Rosli, berkata program JIWA yang ditadbir urus oleh JAPEN diakui medium terbaik untuk menerangkan dasar kerajaan, menyalurkan informasi yang tepat dan membawa inisiatif terbaru kerajaan untuk pengetahuan rakyat.

Mohd Fauzi ketika berucap

“Sehubungan itu, anggota JAPEN dan Komuniti Madani perlu berpengetahuan luas berhubung perkara tersebut agar maklumat yang tepat akan sampai kepada rakyat terutama golongan sasar dan menghalang penyebaran maklumat palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya semasa berucap merasmikan majlis.

-AA-

Tinggalkan komen anda