Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

TBP2024: Aktiviti Seni dan Budaya Pelbagai Kaum Erat Perpaduan

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanizatul Azwa (Hilir Perak)/JKKN Perak

TELUK INTAN, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Pelbagai aktiviti seni dan budaya yang dianjurkan sempena Temasya Budaya@Negeri Perak 2024 (TBP2024) sepanjang tempoh empat hari program itu berlangsung mendapat sambutan meriah daripada orang ramai.

Para juri menilai hasil kolam peserta

Program seperti Pertandingan Hiasan Kolam mendapat sambutan menggalakkan melibatkan peserta pelbagai kaum dan peringkat umur.

Salah seorang peserta Hazren Haridan, 16, berkata dia begitu seronok kerana pertama kali berpeluang mencuba nasib dalam pertandingan menghias kolam tersebut.

“Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh dan mengasah minda, malah ia turut mengeratkan hubungan kerjasama antara peserta pelbagai kaum,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengajar kaligrafi daripada Persatuan Nam Hoi Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Mak, 65, pula berkata dia sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk sama-sama mempelajari bidang ekspresi artistik itu.

Mak (kanan) menunjukkan demonstrasi tulisan seni kaligrafi kepada pengunjung

“Aktiviti demonstrasi tulisan seni kaligrafi ini memberi peluang kepada pengunjung tidak mengira kaum untuk mempelajarinya dengan lebih dekat tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya.

TBP2024 ini bertujuan untuk mengangkat kepelbagaian seni, budaya, warisan dan pelancongan selaras dengan kempen kerajaan negeri mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024

-AA-

Tinggalkan komen anda