Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Jom Kita JPJ Muar Meriah

By 1 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/Pejabat Khidmat ADUN Serom (Tangkak)

TANGKAK, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jom Kita @ JPJ anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muar di Stesen Penguatkuasa JPJ Kesang, di sini semalam meriah dengan pelbagai acara menarik dan sambutan hangat daripada pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Program Jualan Rahmah dan kaunter bergerak daripada agensi-agensi seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Tabung Haji dan Majlis Daerah Tangkak turut menarik perhatian pengunjung.

Pameran kenderaan dan motorsikal menarik perhatian pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin Nisa Ismail, berkata program mesra rakyat sebegini mampu mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

“Ini juga menunjukkan komitmen kita untuk menyantuni dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti penganjuran Ziarah Sentuhan Kasih JPJ dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor,” katanya.

“Kesihatan adalah harta paling berharga. Saya amat menghargai usaha Klinik Kesihatan Sungai Mati yang menyediakan saringan kesihatan kepada penduduk.

Sesi bergambar bersama lenerima bantuan dalam Siri Ziarah Sentuhan Kasih anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

“Inisiatif ini memastikan kesihatan penduduk sentiasa terjaga,” katanya.

Tambah Khairin Nisa, pameran motorsikal dan pertandingan memasak yang dianjurkan juga menarik minat ramai pengunjung dan memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan mempamerkan bakat masing-masing.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Johor Azmil Zainal Adnan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda