Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JaPen Pulau Pinang Terima Anugerah Penghargaan Rakan Strategik Kempen Derma Darah

By 1 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Nurul Wahida Mohd Noor

BUKIT MERTAJAM, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Pulau Pinang melakar sejarah apabila diberikan Anugerah Penghargaan Rakan Strategik Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang, dekat sini semalam.

Bertepatan dengan tema ‘World Blood Donor Day, Celebrating 20 Years of Giving : Thank You Blood Donors! anugerah penghargaan tersebut diberikan sebagai menghargai jasa dan sumbangan penderma darah yang telah banyak membantu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Sijil penghargaan yang diterima JaPen Pulau Pinang.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow

Kon Yeow dalam ucapan perasmiannya, berkata sebanyak 47,714 beg darah berjaya dikutip di semua Hospital Kementerian Kesihatan di seluruh negeri Pulau Pinang pada tahun 2023.

“Ini menunjukkan komitmen rakyat negeri Pulau Pinang sentiasa peka untuk menderma darah kepada insan yang lebih memerlukan.

Orang ramai turut hadir menderma darah sempena Progam Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 peringkat Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong aktiviti atau program yang dilaksanakan untuk kebaikan rakyat selari dengan misi dan visi Penang 2030 dan saya amat menggalakkan rakyat Pulau Pinang untuk terus menderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa yang memerlukan,” katanya.

Empat kategori anugerah lain turut disampaikan kepada penerima iaitu Penderma Darah Utuh Terbaik, Penderma Darah Aferesis Terbaik, Penderma Darah Rh Negatif Terbaik dan Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Terbaik.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Gooi Zin Sen, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr. Shameni Sunasundram dan Pengarah Hospital Pulau Pinang Dr. Goh Hin Kwang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda