Skip to main content
Berita Tempatan

MAHB Kekal dikawal oleh Kerajaan – Amir Hamzah

By 3 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azza Abdul Aziz/BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan tegas dengan pendirian bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dan pengurusannya tidak diambil alih oleh warga asing.

Menurut Menteri Kewangan II Amir Hamzah, dakwaan kononnya ada pihak asing akan campur tangan dalam urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara adalah tidak benar sama sekali.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan lapangan terbang masih kekal di bawah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Polis Diraja Malaysia.

“Semua lapangan terbang negara kekal milik kerajaan sementara MAHB berperanan sebagai operator atau pengendali lapangan terbang,” ujarnya.

Amir Hamzah turut berkata kerajaan akan terus memegang saham khas atau ‘golden share’ dalam MAHB.

Berdasarkan hak saham khas itu, hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB dengan kedua-duanya adalah warganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan di Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

“Oleh itu, tidak berbangkit seperti yang didakwa bahawa kerajaan menjual saham MAHB kepada pelabur asing,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda