Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

‘Nuba Laya’ – Makanan Tradisional Kaum Lun Bawang Sejak Turun-temurun

By 5 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Randy Achang William (Sarawak)

Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati keenakan ‘Nuba Laya’.

LIMBANG, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Nama ‘Nuba Laya’ mungkin agak asing bagi sesetengah orang namun tidak kepada kaum Lun Bawang iaitu salah satu etnik Sarawak yang terdapat di Limbang.

‘Nuba Laya’ adalah makanan tradisional Lun Bawang sejak turun-temurun dan pada masa dahulu ia dibawa sebagai bekal ke sawah dan ketika berburu di hutan.

Namun kini, ‘Nuba Laya’ boleh dinikmati oleh hampir segenap lapisan masyarakat dan semakin popular sejak penganjuran Pesta Nuba Laya oleh Persatuan Lun Bawang Sarawak, Cawangan Limbang.

Penyediaan ‘Nuba Laya’ adalah sedikit rumit kerana sukatan air yang hanya lebih sedikit daripada nasi biasa dan jika tersilap, boleh menjadi nasi bubur.

‘Nuba Laya’ digemari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, adalah penting agar tekstur ‘Nuba Laya’ tidak dimasak terlalu lembut atau terlalu keras dan dibungkus menggunakan sejenis daun yang dipanggil daun nyirik atau ‘don itip’ dalam bahasa Lun Bawang.

“Bagi mengekalkan makanan tradisional ‘Nuba Laya’ ini, masyarakat Lun Bawang harus menekankan supaya generasi muda mereka mempelajari dan menguasai kemahiran menyediakan ‘Nuba Laya’ agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang,” kata Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak, Cawangan Limbang Frederick Lalung Ngilo, 50, di sini kelmarin.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda