Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Perkampungan Orang Asli Bakal Jadi Tarikan di PMR 2024 Zon Timur

By 4 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Izzat Ab. Rahman (Pahang)

KUANTAN, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Rumah Orang Asli daripada suku kaum terbesar di Pahang iaitu Semai, Mahmeri dan Batik bakal menjadi tarikan utama di Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur bermula esok, 5 hingga 7 Julai 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian, Raudatul Jannah Soekarep wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang, tiga replika rumah yang dibina ini adalah Rumah Tradisional Suku Kaum Semai (Berdinding Penuh), Rumah Tradisional Suku Kaum Mahmeri (Berdinding Separuh) dan Rumah Tradisional Suku Kaum Batik (Rumah Berkubu) berserta landskap yang menarik pengunjung.

“Apa yang dibawa ini untuk menonjolkan kelainan daripada pihak JAKOA selain terdapat juga acara lain yang akan diadakan iaitu aktiviti menyumpit dan tarian sewang dari Kumpulan Sewang Sri Alang Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau Daerah Kuala Lipis,” ujarnya.

Salah seorang tukang rumah Osman Bahnam, 53, dari Kampung Kabang RPS Betau Daerah Kuala Lipis yang terlibat secara langsung dalam pemasangan rumah ini, berkata pemasangan replika rumah tersebut melibatkan 15 org tukang membuat rumah tradisional orang asli dibawa khas dari Lipis, Pahang.

“Kerja-kerja pemasangan mengambil tempoh dua minggu bermula mencari bahan binaan utama seperti buluh, rotan, kayu dan atap sehinggalah pemasangan rumah,” katanya yang rasa bangga kerana terlibat dalam pembinaan rumah ini sekaligus memperkenalkan rumah tradisional suku kaumnya.

Tambahnya lagi, masyarakat Orang Asli sangat menyokong Program Madani Rakyat yang diadakan seperti ini kerana dapat membantu rakyat dalam pelbagai aspek serta menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda