Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Penubuhan Unit Pagalungan Bantu Petani Kawasan Pedalaman

By 8 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlan Bakar (Nabawan)

NABAWAN, 08 Jul (Malaysiaktif) – Penubuhan Unit Pagalungan, Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan dijangka dapat meningkatkan pembangunan sektor pertanian di kawasan pedalaman.

Arthur ketika berucap merasmikan Unit Pagalungan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Athur Joseph Kurup menyeru agar masyarakat Daerah Kecil Pagalungan bergiat aktif dalam bidang pertanian dan mengambil peluang daripada pelbagai insentif dan bantuan yang disalurkan KPKM.

Tambahnya, penetapan harga lantai belian padi yang baharu untuk negeri Sabah dan Sarawak juga akan meningkatkan pendapatan serta pengeluaran padu di Sabah khususnya di kawasan Daerah Kecil Pagalungan.

“Apabila kita mewujudkan Unit Peladang ini, ianya akan menjadi satu titik permulaan kepada banyak lagi limpahan ekonomi khususnya dalam sektor pertanian. Pelbagai bantuan serta insentif daripada KPKM termasuklah bantuan dari segi jentera kepada petani kecil, bantuan kepada pengusaha agro pelancongan dan pengusaha kecil produk makanan.

“Pada tahun ini juga KPKM berjaya mendapatkan peruntukan RM50 juta untuk pengusaha tanaman padi bukit di Sabah dan Sarawak. Sementara KPKM juga berjaya menaikan harga lantai belian padi untuk negeri Sabah dan Sarawak daripada RM900 per tan metrik kepada RM1300 per tan metrik selaras dengan harga di semenanjung,” katanya ketika merasmikan Unit Pagalungan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan, di sini, kelmarin.

Selain itu, Arthur juga berkata, penubuhan unit PPK Pagalungan ini juga seiring dengan kepesatan pembangunan yang sedang dirancang dan memberi menfaat kepada penduduk di kawasan Pagalungan dan Pensiangan.

Sesi bergambar bersama penduduk sekitar Daerah Kecil Pagalungan

“Apabila laluan ke Kalimantan dibuka kelak, kemasukan pelancong akan bertambah. Masyarakat setempat perlu peka dan mengambil kesempatan untuk membangunkan sektor pertanian, perikanan dan pelancongan khususnya di Pagalungan sebagai daya tarikan utama kepada pengunjung luar,” ujarnya.

Penubuhan Unit Pagalungan di bawah kelolaan PPK Nabawan merupakan salah satu daripada usaha KPKM dalam memastikan petani di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada bantuan dan peruntukan yang akan disalurkan kepada golongan ini selain menyumbang kepada sektor agro makanan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda