Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

46,838 Isi Rumah Mendapat Penjimatan Sebanyak RM20.7 Juta Melalui Jualan Agro MADANI

By 13 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd, berkata kerajaan komited dalam merangka strategi khusus bagi memastikan nasib terutamanya golongan B40 dan M40 sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Abdul Hisham merasmikan Program Jualan Agro Madani Mega Negeri Perlis.

“Sehingga 30 Jun lalu, Program Jualan Agro MADANI itu telah dilaksanakan di 4,110 lokasi di seluruh negara, melibatkan kira-kira 46,838 usahawan tempatan serta membawa nilai penjimatan kira-kira RM20.7 juta kepada pelanggan.

“Melalui Jualan Agro MADANI ini, ianya dapat menyumbang kepada peningkatan ‘accessibility’ (kebolehdapatan) dan ‘availability’ (ketersediaan) bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar pada kadar harga yang ‘affordability’ (berpatutan),” ujarnya.

Badrul berkata demikian ketika merasmikan Majlis Jualan Agro MADANI Mega Negeri Perlis di Dataran Lapang Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Jualan Agro Madani Mega Negeri Perlis.

Tambah Badrul lagi, Jualan Agro MADANI ini melalui tiga agensi di bawah KPKM iaitu LPP dan LKIM  akan diperluaskan pelaksanaannya dengan sasaran sebanyak 5,000 sesi jualan sehingga Disember tahun ini.

“Pihak FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM750 ribu dan dijangka mampu menarik seramai 30 ribu orang pengunjung bagi tempoh tiga hari penganjuran program Jualan Agro MADANI Mega ini diadakan,” ujarnya.

Pencapaian Jualan Agro MADANI pada tahun lalu telah mencatatkan nilai jualan RM93.74 juta setelah diadakan di 5,608 lokasi seluruh negara dengan melibatkan 74,841 usahawan dan telah berjaya mencatatkan nilai penjimatan sebanyak RM27.8 juta kepada 11.6 juta isi rumah.

Terdahulu turut berlangsung penyampaian geran insentif KPKM  yang bernilai hampir RM1.2 juta kepada 71 usahawan yang meliputi enam projek iaitu Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) , Bantuan Agrobazaar, K-Shoope dan Imej Produk, Bantuan Agrobazaar Rakyat dan Agrobazaar Kedai Rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda