Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Majlis Perbandaran Kangar Kuatkuasa Larangan Guna Bekas Makanan Berasas Stirofoam dan Polistirena

By 16 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Kangar telah menjalankan operasi menguatkuasakan larangan penggunaan bekas makanan berasaskan stirofoam dan polistirena kepada semua peniaga dan pemilik premis dalam kawasan majlis perbandaran tersebut, semalam.

Seorang pemilik kedai menunjukan bekas polistirena yang tidak di benarkan di jual kepada para pembeli berkuatkuasa mulai 15 Julai.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kangar Haji Affendi Rajini Kanth, berkata tinjauan di beberapa premis jualan makanan seperti di gerai, pada hari ini mendapati para peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Hasil maklumat yang kami terima para peniaga menyambut baik saranan pemansuhan bahan bungkusan daripada polestrin ini dan tinjauan kami di salah kedai runcit sekitar Kangar juga mendapati para pemilik kedai tersebut telah memberhentikan penjualan polestrin kepada orang ramai,” ujarnya.

Seorang pekerja gerai menunjukan penyedut minuman jenis biodegradasi.

Tambah Affendi lagi, terdapat lebih daripada 3,000 pengusaha kedai dan gerai di negeri ini.

“Buat masa sekarang walaupun penguatkuasaan telah di laksanakan tetapi pihak kami (MPK) akan tetap memberi nasihat dan melarang pengunaan tersebut.

“Sekiranya peniaga masih gagal mematuhi arahan yang dikuatkuasakan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kompaun maksimum RM500 atau denda tidak melebihi RM2,000,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda