
Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)/Gambar Fail
KUALA LUMPUR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) telah memutuskan untuk mengembalikan Jalan Sultan Ismail iaitu dari Persimpangan Jalan Raja Chulan ke Persimpangan Jalan Bukit Bintang kepada jalan sehala mulai Isnin depan, 22 Julai pukul 12.01 tengah malam.
“Langkah ini mengambil kira kajian dan aduan semasa pelaksanaan uji cuba jalan dua hala di Jalan Sultan Ismail sejak 1 Mei lalu.
“Dengan mengembalikan Jalan Sultan Ismail kepada aliran asal (sehala) diharap aliran lalu lintas akan kembali stabil khususnya di kawasan sekitar,” kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan semalam.
-ZS-