
Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim (Bera)
BERA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bera mengambil inisiatif untuk turut membantu menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada komuniti setempat.

Ceramah disampaikan oleh Pembantu Penerangan Daerah Bera.
Menurut Pegawai AADK Daerah Bera Mohd Fadzil Abdillah Mohammad, program Training of Trainers Community Empowerment anjuran AADK Daerah Bera ini adalah untuk memberi kesedaran kepada lapisan masyarakat di setiap kawasan melalui pemimpin-pemimpin komuniti berkaitan dasar-dasar kerajaan.
“Peserta program ini terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat yang mana dengan pendekatan melalui ceramah ini juga dapat memberi maklumat terus kepada masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kuala Bera, Al Shaari yang ditemui selepas majlis itu kelmarin menyifatkan program seumpama ini amat berfaedah.
“Penjelasan berkaitan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat seperti ini amat baik kerana dapat disampaikan secara terus dan diharapkan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya.
-ZS-