Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jiwa Madani Khas Serlahkan Semangat Patriotik Komuniti Madani Labuan

By 20 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Madani Khas menyerlahkan semangat patriotik dalam kalangan ahli-ahli Komuniti Madani di pulau itu.

Ahli-ahli Komuniti Madani tekun menyaksikan siaran langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Abdul Aziz Mohd Salleh program itu dilaksanakan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Para ahli dari enam zon Komuniti Madani di Labuan dihimpunkan bagi sama-sama menyaksikan siaran langsung Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

“Ini bagi menyokong konsep Malaysia Madani menerusi program bersama komuniti berteraskan kepada aktiviti penyaluran maklumat dan advokasi, patriotik dan kenegaraan, kesukarelawan, kerohanian dan kesejahteraan kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui pada program tersebut di Kompleks Kementerian Komunikasi Labuan pagi tadi.

Salah seorang ahli Komuniti Madani begitu teruja menyaksikan detik yang sangat bersejarah

Tambahnya, program tersebut akan dilaksanakan secara bersepadu melibatkan semua program-program sedia ada di Jabatan Penerangan Malaysia bagi memberi impak padu khususnya dalam usaha memperkukuh serta memantapkan strategi komunikasi kerajaan.

Program turut diisi dengan Taklimat Program Jiwa Komuniti@Merdeka dan Taklimat ‘Peranan Nadi Terhadap Komuniti’.

-AA-

Tinggalkan komen anda