Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Komuniti MADANI Mampu beri Impak Positif kepada Masyarakat

By 21 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI berupaya untuk menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat khususnya bagi menyalurkan maklumat berhubung dasar terkini yang dilaksanakan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata beliau akan sentiasa mendokong dan menyokong usaha yang dilaksanakan Komuniti MADANI demi kesejahteraan masyarakat berbilang bangsa.

Nizam ketika berucap pada majlis perasmian Program Jalinan Aspirasi Wahana Insan (JIWA) Komuniti Madani Peringkat Parlimen Tawau.

Jelasnya komuniti berkenaan juga merupakan nadi dan jentera penggerak dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat sekitar mengenai inisiatif dan usaha digerakkan khasya di bawah kerajaan MADANI.

“Adalah menjadi peranan semua pihak untuk bersama-sama membantu dalam menyebarkan kandungan yang bersifat mendidik dan dalam masa yang sama, masyarakat perlu memupuk sifat menyemak asas kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana disebabkan oleh berita palsu ini juga pelbagai isu timbul.

“Ini kerana ekoran daripada ledakan teknologi moden yang menuju ke arah big data, pelbagai kesan yang boleh kita saksikan. Antaranya adalah penyebaran berita palsu yang semakin kritikal yang membelenggu semua kerajaan di seluruh dunia,” katanya ketika merasmikan Program Jalinan Aspirasi Wahana Insan (JIWA) Komuniti MADANI Peringkat Parlimen, di sini pada Jumaat.

5. Dif jemputan merakamkan kenangan dengan Komuniti MADANI Parlimen Tawau.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, berkata program yang julung kali diadakan di pantai timur ini berjaya menghimpunkan sembilan komuniti dalam satu program.

Ujarnya, komitmen berkenaan dilihat efektif untuk memperkenal Komuniti MADANI kepada masyarakat setempat dengan lebih dekat disamping mengukuhkan kerjasama antara ahli komuniti dengan pihak Jabatan Penerangan Sabah.

“Melalui program ini kita dapat memperkenal Komuniti MADANI kepada masyarakat setempat di daerah ini dengan lebih dekat lagi selain sesi suai kenal dan merapatkan silaturahim sesama ahli dan para pegawai Jabatan Penerangan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Cawangan Perhubungan dan Pembangunan Masyarakat Mujahid Halpi telah memberikan taklimat ringkas mengenai objektif dan peranan penubuhan komuniti ini secara mendalam kepada semua ahli komuniti yang hadir.

Penyampaian watikah penubuhan Komuniti Madani turut disampaikan pada majlis tersebut yang dihadiri 90 ahli komuniti terlibat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda