Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Aktiviti Riadah Rehatkan Minda Pelajar Selepas Peperiksaan

By 21 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 21 Julai (Malaysiaaktif) – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol Kemaman mengambil pendekatan membawa para pelajar di sekolah yang telah selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun beriadah di Pantai Telok Mak Nik, di sini kelmarin menerusi Program Cakna Ayahanda, Rehlah Minda.

Norita ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

“Program ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan untuk membantu para pelajar Tingkatan Lima merehatkan minda bersama ibu bapa dan rakan-rakan selepas berjuang menduduki peperiksaan pertengahan tahun sebelum mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebenar,” ujar Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol Azahar Ali.

“Di samping itu, program ini juga membolehkan para guru berinteraksi secara terus bersama ibu bapa pelajar bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam peperiksaan SPM yang sebenar,” katanya.

Antara ibu bapa dan pelajar tingkatan lima SMK Banggol Kemaman yang menyertai Program Cakna Ayahanda, Rehlah Minda.

Ibu pelajar Norita Othman, 53, yang juga merupakan seorang suri rumah ketika ditemui, berkata program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini amat baik untuk ibu bapa berkongsi sebarang permasalahan berkaitan anak-anak dalam pelajaran dan memastikan anak-anak pelajar Tingkatan Lima di sekolah ini terus cemerlang pada masa hadapan.

Program yang disertai kira-kira 150 orang peserta termasuk ibu bapa pelajar ini turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman Mohd Fadli Muhd Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda